Operasi

Cara pengendalian ‘pen drive’ adalah amat mudah. Salah satu hujung ‘pen drive’ dilengkapi dengan penyambung USB. Penyambung itu di masukan ke laptop atau desktop dan diaktifkan. Seterusnya, bolehlah kita menghantar data yang perlu disimpan di ‘pen drive’. Proses ini tidak sukar kerana terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza dan beberapa tahap konfigurasi ‘pen drive’ yang membolehkan ia beroperasi dengan mudah. Walaupun terdapat laptop atau desktop yang menggunakan sistem yang lama, ia masih mampu mengendalikan ‘pen drive’ selagi ada port memasukkan ‘pen drive’ dan menghantar data dengan mudah.

Dalam peralatan elektronik seperti komputer, banyak peranti Mass Storage (cthnya, hard drive) dicapai menggunakan arahan SCSI (Small Computer System Interface).Untuk mencapai beberapa ingatan dalam masa yang sama, (cth Multiple-Memory Card Reader), Host akan pilih LUN (Logical Unit Number) dimana arahan SCSI yang telah dialamatkan kepada data tersebut.



  •   Default Control Endpoint(0), untuk melaksanakan proses enumeration, menentukan nombor dari LUN(logical unit number), dan melakukan perlindungan reset jika mass storage error.
  • Bulk Out Endpoint, digunakan oleh host controller untuk menghantar arahan SCSI yang telah disatukan dan juga menghantar  data untuk ditulis ke dalam memori. 
  • Bulk In Endpoint, digunakan oleh host controller untuk membaca status SCSI yang telah disatukan dan untuk membaca data dari memori.