Peranti simpanan ialah alat yang dapat menyimpan maklumat (data). Peranti ini diwujudkan berdasarkan kepada satu andaian bahawa semua pemacu cakera keras adakalanya gagal dan tidak berfungsi dengan baik di sepanjang hayat penggunaanya. Peranti simpanan USB boleh ditulis dan dipadam(Read/Write).Hampir semua laptop atau komputer pada masa kini mumpunyai port USB yang membolehkan pengguna memindah data dengan mudah serta mempunyai system operasi modem untuk beroperasi. Peranti simpanan USB (USB Mass Storage Device) telah menganti cakera liut(floopy disk) dan kegunaan peranti simpanan USB telah berkembang pesat, antaranya:
Ø 1.Tetikus(mouse) USB
Ø 2.External hard drive
Ø 3.Sambungan USB ke MP4 atau telefon bimbit
Ø 4.Pen drive
Ø 5.Card reader
Ø 6.Filmware Upgrade of system
‘Pen drive’ di klasifikasikan sebagai peranti simpanan data jenis NAND. Dilengkapi dengan memori kapasiti yang banyak, ia boleh dikatakan peningkatan daripada kedua-dua cakera liut dan cakera padat yang biasanya digunakan untuk menyimpan data. Walaupun kapasiti simpanan data tidak besar tetapi ‘pen drive’ mampu memberi ruang yang banyak untuk sesuatu fail. Jenis-jenis fail yang boleh dimuat ke ‘pen drive’ adalah jenis fail yang biasanya dapat ditempatkan di ‘hard drive’. Ini membolehkan seseorang itu untuk menyimpan gambar, dokumen- dokumen penting, video dan lagu.